Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Syukur dipermudahkan oleh Allah swt untuk Kak Ida menghadirkan diri ke Majlis Tahlil bagi Allahyarhamah Azie Fauzieeyah yang pergi ke negeri abadi pada 7.20 petang, Rabu (25 Ogos 2021).
Syukur, Allah s.w.t permudahkan urusan pengebumian Allahyarhamah. Jenazah disembahyangkan di Masjid Taman Sri Skudai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kangkar Pulai jam 10.00 pagi tadi.
Allahyarhamah merupakan #CancerFighter. Tewas kerana sel kanser telah merebak di paru-paru dan hati.
Kami telah bersahabat dari sekolah rendah sehingga sekarang. Tahun ini genap 30 tahun tempoh persahabatan kami. #NoDescribeHowIFeel
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah RahmatMu ke atasnya, Sejahtera dan maafkanlah dia."
Kak Ida juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Redzal kerana sudi memimpin majlis tahlil tadi.
"Kematian sedang mengepung kita."
Tenanglah sahabat. Tunggu kami ya. Kami semua akan menyusul satu hari nanti.
Al Fatihah untuk Fauzieeyah Abd. Jalil.
Alfatihah buat Fauzieyah Abd Jalil
ReplyDeleteKami akan sentiasa mengingatimu sahabat❤
Alfatihah buat sahabat kesayangan. Rindu yang tiada penghujung ��. S
DeleteAlfatihah buat kak Fauzieyah Binti Abd Jalil. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org beriman dah para solihin. Aamin. Kak Azie dlm kenangan. Die suka tgk rambut nur..
ReplyDelete