Thursday, August 19, 2021

Another First Day Cover | Raja Buah di Malaysia

Hai bloggers,

Pagi-pagi sudah bersemangat untuk ke pejabat pos. Kenapa eh?

Kak Ida nak mencari durian. Hihihi

Ehem... hari ini kan First Day Cover: Raja Buah Di Malaysia sudah dikeluarkan.

Ada empat jenis durian ok. Setiap setem bernilai RM 0.60 yang nama duarinnya adalah Durian Dalit, Durian Kampung Premiun, Durian Buluh Bawah D160 (Kaki Buluh/Tekka/Chuk Keok) dan Durian Duri Hitam D200 (Black Thorn/Ochii).

Manakala miniature sheet pula adalah Durian Raja Kunyit D197 (Musang King).


Rasa teruja sangat bila dapat melengkapkan koleksi First Day Cover untuk edisi 2021.

Cuma itulah, hari ini ramai betul umat manusia di Pejabat Pos. Tidak pasti kenapa sehinggakan polis bantuan pun ada.

Balik dari Pejabat Pos, anak-anak menjerit suka bila sekeping lagi surat sampai ke tangan. Ya Allah, kali ini dari Kita Kawan. Hadiah meneka kucing berasal dari mana telah sampai ditangan.

Paling menarik, ada minor palindrome date 120821 yang dicop di atas kucing Batmeow. Koleksi "limited edition".

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Insya Allah, akan datang. Nantikan posting Kak Ida tentang minor palidndrome date ok.

Jumpa lagi.

1 comment:

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my