Tuesday, August 10, 2021

How to stay sane WFH

Assalammualaikum sahabat blogger,

Sebenarnya, sepanjang hampir 20 tahun Kak Ida bekerja, tidak pernah sekalipun terfikir tentang Work From Home (WFH) atau bekerja dari rumah.

Maklumlah, bekerja sebagai salah seorang penjawat awam di selatan tanah air, istilah itu tidak pernah wujud. Malah, pekeliling Bilangan 5 Tahun 2020 iaitu "Dasar Bekerja Dari Rumah" baru diluluskan pada 21 Disember 2020.

Fikir mahu bersara awal itu ada. Kah!

Namun, semuanya berubah semenjak Covid-19 melanda Malaysia. Perkataan WFH sentiasa di bibir.

Apa itu WFH?

Work From Home adalah memberikan fleksibiliti dalam waktu bekerja tanpa melainkan urusan penting yang berkait rapat dengan rangkaian kerja atau mesyuarat secara bersemuka, penghantaran dokumen dan aktiviti sosial yang dijalankan di pejabat.

"Bestlah dapat kerja dari rumah?"

"Untunglah..."

"Jimat duit minyak."

Ya, ada pro dan kontranya. Tidak Kak Ida nafikan. Banyak kelebihan jika bekerja dari rumah. Sebagaimana banyak kelebihan, disitu juga ada kekurangannya.

Ketika menghadapi pandemik yang masih tidak nampak "penghujungnya", sejujurnya, masalah kesihatan mental itu akan ada. Ini kerana, dalam masa yang sama, ibu yang WFH perlu juga memantau PdPr anak-anak sepanjang sesi persekolahan dibuka dan menjaga "periuk nasi" atau erti kata lain, "keberkatan rezeki".

Walaupun seorang ibu telah cuba menyusun masa dengan sebaik-baiknya, tetapi ia tidak semudah A, B C itu untuk dilaksanakan.

Jadi, Kak Ida tertarik dengan perkongsian di facebook.

"How to stay sane WFH"


Ya, sedikit sebanyak ia membantu Kak Ida supaya lebih efisien dalam menyusun waktu. Mana yang tidak penting, kita abaikan. 

Keep focus dan Kak Ida doakan semoga kita kekal tabah dalam menghadapi segala rintangan dan dugaan sepanjang kita WFH!

Insya-Allah.


2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan semua urusan dan tabah mengharungi musim pandemik ini...

    ReplyDelete
  2. Ada kalanya nak tumbang juga as. 😔😔😔

    ReplyDelete

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my