Merenung semula "perjalanan" 3 tahun yang lepas menguruskan Aina apabila doktor mengesahkan Aina mempunyai ADHD dan Ammar severe autistic disorder di memories facebook.
Menguruskan kad OKU, tadika anak-anak, terapi demi terapi, mengurus emosi diri yang rapuh serta pandangan orang lain terhadap anak kita.
Dalam tempoh tiga tahun ini, terlalu banyak perkara Kak Ida lalui dan setiap hari Kak Ida dan si dia belajar perkara baru.
Sebenarnya,
Ada satu petikan ayat yang Kak Ida kongsi untuk mengubat rasa pada waktu itu,
"mencari seribu hikmah mengapa aku yang Allah pilih."
... setelah tiga tahun berlalu, hari ini...
"Aku bersyukur kerana Allah memilih aku dalam mencari seribu hikmah ini."
Alhamdulillah,
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment