Rasa "cukup-cukuplah."
Burnout!
Ya, sampai satu peringkat rasa tidak mampu nak berbuat apa pun. Nak berbaring salah, nak buat kerja malas.
Nak makan tiada selera.
Tidur pun tidak lena.
Serba-serbi semua tidak kena. Allahu.
Kita perlu kenal diri kita. Tahu limit burnout kita sampai tahap dimana.
Letih emosi ini hanya Allah yang tahu. Homework anak yang tidak pernah nampak penghujungnya, WFH, assignment yang semakin menimbun dan lain-lain lagi.
Belum termasuk rasa hati bila melihat insan sekeliling Kak Ida yang telah pergi ke negeri abadi.
Memang tidak mampu Kak Ida nak describe feeling ini. Cukup-cukup tertekan dan terkesan.
"Jom Ida, abang bawa Ida keluar ambil angin. Nak?"
Masya Allah. Menitis air mata. Rasa sayu, sedih, gembira bercampur baur.
"Ida nak makan apa?"
"Nak asam pedas... Boleh bang? Ida dah lama tak makan asam pedas BBU." seperti anak kecil meminta sesuatu dari ibunya.
"As your wish." si dia terus hidupkan kereta untuk ke tempat yang dituju.
Dari jauh, nampak Angsana mall pula.
"Abang, nak pergi Angsana boleh? Nak ke kedai buku."
"Boleh... tapi pastikan sentiasa jaga diri." pesan si dia. Memang keselamatan dan kesihatan Kak Ida dan anak-anak satu priority buat si dia. Bila stereng kereta belok ke kanan, hati ini terus berbunga-bunga.
Masya Allah, nikmatnya bila dapat keluar. Rasa nak sujud syukur weh. Canggung pun ada juga melihat Angsana sekarang.
Kami terus melangkah ke Badan Cemerlang. Bau buku sangat-sangat menenangkan. Si dia beri masa dan ruang pada Kak Ida untuk membelek buku novel yang ada di rak.
"Abang... hari tu Aisyah ada pesan buku Ain Maisarah. Jom, cuba kita tengok."
Kami terus ke rak buku penulis kegemaran Aisyah. Aisyah memilih "Aku Mahu Banglo Pink" dan "Adik Manja" untuk koleksinya.
Setelah berpuas hati dengan buku yang diidamkan, kami terus ke kaunter untuk membayar buku.
Kemudian, si dia bawa Kak Ida ke Hero untuk membeli donut kegemaran anak-anak.
"Abang pergilah. Ida teringin nak Pappa Roti."
"Ida tunggu abang kat sini ok. Jangan pergi ke mana-mana pula."
Kak Ida mengambil kesempatan membeli Brown Sugar Bubble Milk dan memborong beberapa biji Pappa Roti untuk dibawa balik. Memang terapi betul. Ketika menunggu air siap dibancuh, Kak Ida sempat memerhatikan keadaan sekeliling.
Covid ini banyak mengubah hidup ini. Banyak deretan kedai yang ditutup atau menutup operasinya. Mall pun cukup lengang tanpa pengunjung.
Tiada hiruk-pikuk.
Berbeza sungguh Angsana yang dulu.
"Semua dah?" tersentak Kak Ida bila si dia menegur.
"Dah, jom abang. Ida nak beli asam pedas."
Alhamdulillah, terima kasih abang kerana mengambil berat emosi si isteri ini. Walaupun sekejap, sangat memberi erti pada emosi yang cukup melelahkan ini.
Semangat Kak Ida kembali timbul bila dapat recharge.
Insya Allah, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment