Alhamdulillah, aktiviti dalam Special Need Group kali ini adalah suaipadan bentuk dan huruf.
Pada peringkat awal, boleh mulakan dengan bentuk (shape) yang ringkas.
Peralatan yang diperlukan adalah:-
- Kadbod atau papan
- Botol mineral saiz 500 ml sebanyak 25 biji. (25 huruf)
- Gam dan pisau.
Cara membuatnya:-
- Kerat kepala botol mineral.
- Tulis huruf di atas kadbod. Kemudian gamkan botol mineral pada kad atau papan. Kak Ida gunakan meja terpakai kerana kaki meja yang sudah patah.
- Tulis huruf di botol mineral.
Taddaa... matching huruf telah siap. Kak Ida galakkan aktiviti ini dibuat dalam tempoh 10-20 minit bergantung pada keupayaan anak.
Matlamat aktiviti ini adalah untuk mengasah kemahiran motor halus, menggalakkan fokus untuk anak dan juga memasukkan bentuk atau huruf diruang yang betul.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3EVzaB8GKkYadEeuFn8tPPbemDO__vFt0-Op2mXWEA5TQKlV3W_-qz6gHvXjJgr8ed7Mqs5TV9Gvxz7N3uEGMez7gs3MkrVRQTV4cC9xyvMMChqFnkfsI_IMjRD681qk5h8223Izh1JE/s400/IMG_20180227_232806_HHT.jpg)
Ok, jom kita main anak-anak...
Nota kaki:
Bagi mereka yang berminat untuk berkongsi perkembangan anak-anak normal dan istimewa, cara pengurusan, diy aktiviti dan lain-lain boleh klik link https://t.me/joinchat/EBG02EOyu5mEM-3fngJbVw
No comments:
Post a Comment