Saturday, February 3, 2018

Adilah warded kali pertama

Allahu,

Kelmarin ketika Kak Ida lepas solat maghrib, Kak Ida nampak Adilah seperti tercungap-cungap. Tetapi, tiada wheezing.

Uiks, kemudian Kak Ida terus check dada Adilah, ok, sudah nampak sedikit lekuk di bahagian dada. Kak Ida terus memanggil si dia untuk bawa ke Klinik 1Malaysia di Bandar Baru Kangkar Pulai.

Sampai disana, Adilah terus diberikan nebulazer. Alhamdulillah, nampak ada sedikit perubahan. Tetapi, MA turut memberikan Kak Ida surat rujukan ke GH jika berulang kembali pada malam itu kerana tahap SPO2 Adilah ketika itu 96%.

Alhamdulillah, Adilah dapat tidur (walaupun tidak lena sepenuhnya). Jam 2.00 pagi Kak Ida tengok Adilah mula gelisah. Mengiring ke kiri salah, kanan pun salah. Oh sudah, Kak Ida tekapkan telinga ke ke dada Adilah, tiada wheezing. Terus Kak Ida kejutkan si dia untuk bawa Adilah ke emergency.

Sampai emergency, Adilah kena 2 kali neb. Huhuhu... X-Ray juga nampak sedikit jangkitan kuman di paru-paru. Confirm, bronchitis pneumonia.

Si dia call Kak Ida pagi itu untuk memaklumkan Adilah perlu ditahan di wad. Malangnya wad kanak-kanak penuh. Jadi, Adilah terpaksa duduk dahulu di wad pemerhatian di emergency buat sementara waktu sehingga wad kanak-kanak ada katil yang kosong.

Pagi itu, Kak Ida uruskan COD Qaseh Gold Junior ke Taman Mutiara Rini. Kemudian, Kak Ida terus menghantar nak-anak yang lain pada pengasuh. Akhirnya, Kak Ida sampai di emergency jam 10 pagi.



Meruntun hati seorang ibu melihat Adilah berselirat dengan jarum.

Kak Ida mengambil giliran menjaga Adilah sementara si dia balik untuk solat Jumaat. Wad kanak-kanak masih belum ada yang kosong. Syukur jam 6 petang Adilah sudah dibawa ke wad. Kak Ida terpaksa disorong dengan kerusi roda kerana oksigen Adilah tidak boleh diberhentikan. Huhuhu...

Bertabahlah hati.

Alhamdulillah, Kak Ida ditempatkan dikatil di Wad B3 (Katil 20).

Memang wad penuh. Katil sampai ada dilorong-lorong tengah. Allahu. Jika tidak silap Kak Ida, ada 50 kanak-kanak diwad.

Adilah juga masih menyambung oksigen dan nebulazer di wad kerana nafas masih laju. Yang penting Adilah mendapat rawatan sewajarnya.

Terima kasih Dr Farah, jururawat-jururawat di B3 kerana membantu Adilah sihat.

Insya Allah, terima kasih atas doa kalian. Terima kasih, terima kasih.


Hanya Allah yang mampu membalas doa kalian semua. Sangat menghargai setiap sokongan, kata-kata semangat dan perhatian yang diberikan.

Ok off dulu, jumpa lagi di entry akan datang. Tata!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my