Saturday, September 21, 2019

Mommies United JB | Jungle Trekking di RAF Point, Kota Tinggi

Alhamdulillah, seawal pagi Kak Ida sudah bangun untuk membuat persiapan bagi menyantuni program Mommies United JB. Kak Ida masakkan bekal nasi dan lauk untuk makan tengahari disana nanti.

Jam 7.00 pagi kami sudah mulakan perjalanan. Cuaca sangat berjerebu di luar. Sehingga Kak Ida keliru sama ada kabus atau jerebu. Hihihi.



Trafik sangat lancar. Sampai di RAF Point lebih kurang jam 8.02 pagi. RAF Point ini terletak di Lot 9662, Rancangan Sg. Sendayan, Mukim Lukut, Kota Tinggi, Johor.


Alang-alang sampai awal dari jadual, Kak Ida membuat keputusan untuk melawat kawasan sekitar RAF Point ini. RAF Point ini merupakan tempat perkhemahan pilihan sekolah. Selain berkhemah, ada banyak aktiviti yang disediakan disini. Antaranya flying fox.


Hasil kerja anak-anak yang berkhemah disitu.


Tempat perkhemahan yang disediakan.


Kami sudah bersedia untuk trekking pagi ini.



Mommies United JB menyediakan kudapan ringan. Kami menikmati sarapan nasi lemak sebelum naik. 




Sebelum naik, kami diberikan penerangan oleh renjer yang bertugas. Serba sedikit tentang Hutan Simpan Panti ialah ianya terletak 9 km dari Bandar Kota Tinggi melalui jalan Kota Tinggi - Mersing dan 48 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Panti ini terletak di dalam Hutan Simpan Panti iaitu hutan yang diterokai.

Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat rekreasi sambil menikmati keindahan alam semulajadi. 

Kami akan berhiking sejauh 2.5km. Phewww.... 



Sesi panaskan badan dimulakan. 


Ambil gambar dulu weh... Muka masing-masing masih jelita lagi. Hihihi


Bismillah... Sejujurnya, Kak Ida agak "pancit". Sudah lama tidak bermain dengan alam. 


Anak-anak memang cukup excited





Check-point yang entah ke berapa kali. Hahaha...

Maklumlah, kami berhiking bersama anak-anak. Berfaham-faham sahajalah. 


Disini, kami diberi penerangan oleh renjer yang bertugas. "Survival skills 6 hours at forest". Gituww... Kami diberi tunjuk ajar bagaimana cara meminta tolong jika berlakunya kecemasan seperti sesat di dalam hutan. Walaupun kita membawa wisel, bunyi wisel hanya boleh didengar sejauh 500 meter - 700 meter sahaja. Sebenarnya, ada kaedah lain untuk meminta bantuan iaitu,

1. Cari pokok yang mempunyai banir. Lebih besarnya banir pokok, lebih baik.
2. Ambil kayu dan pukul banir pokok itu sebanyak tiga kali, seminit berhenti. Ulang dan ulang. 



Trek yang "bersih" dari daun kering, selalunya trek yang selalu dilalui orang.





Anak-anak sempat bermain air. Jumpa air, adalah satu kenikmatan yang tidak boleh ditukar ganti. Hihihi


Ibu dengan Adilah. Chill Adilah.


Selama 25 tahun, pokok petai ini tumbuh sebesar ini. Tangan-tangan yang jahat memotong pokok petai ini untuk kepentingan diri sendiri.




Ini adalah "view" dimana petir selalu "singgah".




Cara kami "dating". Hahahaha



Jika tidak berjerebu, kita boleh melihat pemandangan bandar Kota Tinggi dari sini. Paling jauh, Plaza Kota Tinggi.


Adilah mengambil kenangan. Syukur sangat-sangat Adilah tidak banyak meragam minta didukung pada hiking kali ini. 



Alhamdulillah, kami tamat hiking jam 11.05 pagi. Semuanya dilindungi oleh Allah swt. 

Selepas berehat seketika, masing-masing beransur pulang ke destinasi masing-masing.

Terima kasih semua mommies yang dapat hadir dalam program hari ini. Insya-Allah, kita berjumpa lagi di masa akan datang.

2 comments:

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my