Selepas balik dari kerja, sambil berbual-bual kosong, si dia terus mengajak ke AEON Taman Universiti untuk ke CELCOM.
Mujur dapat parking. Sudah lama Kak Ida tidak melihat situasi dimana AEON dipenuhi ramai orang. Pemandangan "biasa" Kak Ida hari ini ramai pula yang membeli bantal atau toto.
Mmm... patutlah, pelajar baru telah mendaftar di UTM. Ambil peluang cuti hujung minggu untuk membeli kelengkapan asrama.
Kak Ida teruskan niat ke CELCOM. Ingin menyelesaikan banyak perkara terutama upgrade plan.
Sudah namanya rezeki. Kak Ida berurusan dengan pegawai yang cukup mesra melayan pelanggan. Terima kasih puan Fadzidah. Kak Ida sangat menghargainya. Sabar melayan setiap pertanyaan kami.
Maklumlah, pelanggan mahukan yang terbaik untuk nilai wang mereka.
Bermula dengan upgrade plan untuk penjawat awam, kemudian menyelesaikan kontrak seterusnya mengemaskini maklumat peribadi untuk nombor telefon masing-masing.
Syukur sangat-sangat. Memang dipermudahkan.
Hampir satu jam jugalah Kak Ida dan si dia di sini. Orang pula memang tidak putus-putus datang.
Terima kasih CELCOM AEON Taman Universiti.
blogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/ sambil follow jugak
ReplyDeleteDone follow. :)
ReplyDelete