Saturday, September 21, 2019

Jalan jalan Kota Tinggi | Air Terjun Kota Tinggi

Alang-alang sudah menjejakkan kaki ke Kota Tinggi, Kak Ida dan si dia membuat keputusan untuk singgah di Air Terjun Kota Tinggi. Jarak perjalanan dari RAF Point hanya 5 km sahaja. 


Menarik tentang Air Terjun Kota Tinggi ialah ianya terletak 15 km dari Bandar Kota Tinggi. Air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak. Sebenarnya, air terjun Kota Tinggi ini baru dibuka untuk orang awam selepas ditutup untuk kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan dengan harga tiket baru.


Kak Ida membelanjakan RM 22.00 termasuk caj parking untuk masuk ke Air Terjun Kota Tinggi ini.


Get ready kids. Sebelum masuk, si dia sudah siap-siapkan menukar baju renang. Sampai disini matahari tegak di atas kepala. Ramai pula pengunjung yang datang.





Si dia sebagai life guard. Hahaha

Cuaca agak terik, agak sukar untuk kami mencari tempat berteduh. 


Kalau kita mahu menyewa tempat ini, harganya ialah RM 50.00 (deposit RM 50.00). Mmm...

Akhirnya, Kak Ida ambil keputusan untuk berteduh di tempat sekitar situ. Kami menikmati makan tengahari bersama anak-anak. Kak Ida masakkan lauk kegemaran iaitu ayam masak kicap. Ringkas. 



Selalunya anak-anak akan lapar selepas mandi. 

Lebih kurang jam 2.00 petang, kami buat keputusan untuk balik. Anak-anak pun sudah merasai pengalaman mandi di air terjun. 





Nah, semua kepenatan. Masuk dalam kereta, semua dibuai mimpi. Alhamdulillah, ibu cukup puas hati dalam menggembirakan anak-anak walaupun percutian yang singkat.

Next our journey.

2 comments:

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my