Yeay, it's a day. Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan untuk join Run4Fund Wakaf anjuran Majlis Agama Islam Johor.
Berlari sambil berwakaf serendah RM 10.00 sahaja.
Kali ini, larian dibuat di Masjid Taman Pulai Indah, Johor Bahru. Selain larian, MAIJ juga mengadakan Program Semarak Subuh.
Pada hari Jumaat, Kak Ida luangkan masa untuk mengambil kit larian iaitu bib dan topi. Cantikkan bib ni? Istimewa kerana nombor bib ditulis dengan tulisan jawi. Kak Ida merupakan orang yang ke 166 mengambil kit pendaftaran. Oh ya, bib ini juga akan digunakan untuk cabutan nombor bertuah nanti.
Dalam masa yang sama, Kak Ida mengambil gambar peta laluan untuk program esok. Well, just in case. Hehehe...
Seawal 7.00 pagi Kak Ida sudah terpacak di Masjid Taman Pulai Indah. Larian akan dimulakan pada jam 7.30 pagi. Syukur, larian kali ini ditemani oleh buddies, Kak Haya.
Kita santai-santai mak leha. Ya, sudah lama tidak keluarkan peluh. Sambil berjalan, sambil berborak.
Sempat snap gambar peti pos di surau ini. Hallah...
Pantang nampak cermin ok. Ini pun boleh bergambar untuk kenang-kenangan.
Yeay, we did it! Rasa puas hati dapat habiskan larian. Psst, paling pasti kami bukan orang yang terakhir sampai. Hehehe...