Saturday, September 4, 2021

Pertandingan Virtual Orienteering Merdeka bagi Kategori Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021

Pertandingan Virtual Orienteering Merdeka bagi Kategori Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021 telah dibuka kepada semua anak-anak didik bangsa Johor.


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera buat warga pendidik Negeri Johor.

Untuk makluman semua, Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan melaksanakan: Pertandingan Virtual Orienteering Merdeka Bagi Kategori Sekolah Menengah Dan Rendah Peringkat Negeri Johor 2021.

Tarikh Pendaftaran : 31 Ogos sehingga 12 September 2021

Tarikh Pertandingan : 13 hingga 16 September 2021

Bersama-sama ini disertakan pautan link berkenaan dengan Pertandingan Virtual Orienteering Bagi Kategori Sekolah Menengah Dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021:

Kandungan pautan:
1. Surat Panggilan Peserta
2. Maklumat Pertandingan
3. Borang Pendaftaran Peserta
4. Surat Kebenaran Ibu Bapa
5. Pautan Simulasi Pertandingan
6. Pautan Pertandingan

Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan semua murid sekolah menengah Tingkatan 1-5.

Setiap penyertaan akan diberikan Sijil Penyertaan Peringkat Negeri dan Sijil Pencapaian bagi peserta yang layak.

Pertandingan ini perlu dilaksanakan dengan mematuhi syarat pertandingan yang ditetapkan dan tidak mengganggu masa pelaksanaan PdPR. Pertandingan boleh dilaksanakan di dalam atau di sekitar rumah.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
1. MENENGAH ATAS: Puan Hajah Nurul Izrina Binti Hamidon, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum di talian 019-6708005.
2. MENENGAH RENDAH: Encik Hazrul Nizzam Bin Mohammad, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum di talian 013-9825701.
3. SEKOLAH RENDAH: Cik Nurul Huda Binti Talip, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum di talian 018-7903032.

Linktree

1 comment:

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my