Sunday, September 5, 2021

Catatan Kehidupan | Paparan MySejahtera

Alhamdulillah,

Semalam, Kak Ida menemani si dia ke PPV untuk mengambil vaksin dos kedua di Persada Johor.
Rupa-rupanya, paparan terbaru MySejahtera sudah ada di android.

Apa yang menariknya, ciri-ciri memaparkan Status Risiko dan Status Vaksinasi. Jika kita sudah cukup vaksin (selepas tempoh 14 hari), paparan tersebut akan bertukar warna kuning.

Kak Ida kongsikan juga langkah-langkah mengemaskini apps MySejahtera

Langkah 1: Kemaskini apps My Sejahtera di App Store (ios). Selesai download akan terus ke app MySejahtera.
Langkah 2: Klik ‘Refresh Status
Langkah 3: Paparan ‘status updated succesfully’ keluar.
Langkah 4: Klik butang ‘close’ untuk ke paparan utama.
Langkah 5: Paparan baru dengan status vaksin di bahagian Check-in. Sijil vaksin digital masih boleh diakses di bahagian profile untuk lebih detail.
Nota: Untuk individu yang dah lengkap 2-dos vaksin dan melebihi 14 hari akan dikemaskini sebagai ‘fully vaccinated’.

Manakala, individu yang baru menerima 1 dos atau sudah lengkap 2 dos tapi dalam tempoh pemerhatian 14 hari, akan dikemaskini sebagai ‘partially vaccinated

Ada juga ruangan "check-in" dan "check-out".


Jom kemaskini.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my