Wednesday, September 1, 2021

The Maharani Hearing and Speech Virtual Run Challenge 2021

The Maharani Hearing and Speech Virtual Run Challenge 2021

Unit Audiologi dan Unit Terapi Pertuturan, Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor (HPSF) buat julung kali nya dengan sukacita menganjurkan cabaran larian maya bersempena dengan Kempen Better Hearing & Speech yang bertemakan “Building Connections”. 


Acara ini adalah salah satu usaha kami untuk meningkatkan kesedaran semua pihak tentang kesihatan pendengaran dan pertuturan serta sebagai tanda sokongan anda kepada kami profesional yang terlibat dalam pengurusan pesakit bermasalah pendengaran dan pertuturan.

Jom sertai Bersama cabaran ini melalui aplikasi BookDoc. Pendaftaran adalah percuma.

Ikuti langkah-langkah tersebut untuk mendaftar larian ini:
1. Muat turun aplikasi BookDoc melalui App Store atau Google Play Store
2. Daftar dan “Sync”

3. Klik “Challenges” dan cari ‘THE MAHARANI HEARING AND SPEECH VIRTUAL RUN CHALLENGE 2021’

4. Klik “Join Challenge”

5. Baca deskripsi program dengan teliti

6. Masukkan kod promosi (jika berkenaan)

Tempoh larian adalah selama 30 hari bermula 1 September 2021 hingga 30 September. Peserta hendaklah melengkapkan 100,000 langkah dalam tempoh tersebut.

Segala pertanyaan sila hubungi pihak penganjur di talian 06-9521901 sambungan 472/471.
Hadiah menarik menanti anda!! Semoga Berjaya dalam cabaran ini.

1 comment:

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my