Sunday, July 11, 2021

Pilih yang baik untuk diri sendiri

Teks: Ida Kamilia Mudzakir
Foto: Koleksi peribadi

Ikutkan banyak ilmu, panduan, petua yang dikongsi di Facebook. Malah, ada yang PERCUMA.


Bermula dari golongan "biasa-biasa" sehinggalah ke peringkat professional berkongsikan ilmu yang mereka ada. Tidak kisahlah agama, keibubapaan, hartanah, dan lain-lain.

Satu yang Kak Ida perhatikan, apa yang dikongsi itu adakalanya terlalu umum, dan ada juga complicated yang membuatkan penerimaan seseorang itu berbeza-beza mengikut:

- Latar belakang seseorang,
- Acceptance,
- Ilmu yang kita ada,
- Faktor kewangan,
- Minat,
- Kefahaman
- "Kasut yang tidak sama"
... dan macam-macam faktor lagi.

Beginilah,

"Mana yang baik jadikan panduan, mana yang buruk dan tidak sesuai dengan diri kita, tinggalkan."
Tidak usah dicemuh dengan kata-kata, "awak lainlah", "bukan awak yang hadap" dan sebagainya.

Teringat Kak Ida perkongsian dari seorang kaunselor,

"Adakah dia perlu mati dahulu untuk merasai peritnya kehilangan kemudian baru berkongsi ilmu pada orang lain?"

Mana mungkin! 

Sebab itu, bila dia masih hidup sekarang ini, dia mahu berkongsi. Asbab hasil perkongsian dia, mana tahu menyelamatkan dia di"sana".

Empati. Itu yang mahal harganya.

Perkara baik yang dikongsi oleh seseorang, kita raikan sahaja. Mana yang boleh kita ikut, kita adapt ikut situasi kita. Yang buruk tinggalkan. Simple!

"Pelik"nya seorang manusia, yang tidak disuka itulah yang dia suka "mengintai" setiap hari!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my