Wednesday, April 10, 2019

STEAM Exploration datang lagi ke Johor Bahru

STEAM Exploration datang lagi ke Johor Bahru.

Sekali lagi Mama Q ke JB. Kalau dahulu hanya ada kelas robot seni kali ni ada STEAM Exploration pula. Lebih jimat! Sebab macam-macam boleh explore di MagicPhonics Reading by Teacher Mas.


Antara aktiviti STEAM Exploration,

1. Eksperimen bateri dari buah.
Kita akan membuat ujikaji buah mana yang paling tinggi dan rendah kuasa baterinya. Kemudian kita menguji lampu LED dengan cara demo Permainan Dam Litar.

2. Kod Rahsia
Misi pencarian kod rahsia dengan menggunakan lampu dan boleh mengesan wang palsu juga. Wow! Kita akan DIY Lampu Kod Rahsia ni nanti.

3. Geologi & Seni
Lagak seperti ahli geologi untuk mendapatkan fosil. Apalah agaknya yang akan dibuat nanti? Oh ya peserta boleh dapatkan resipi fosil tanpa bakar ni. Boleh tahun bertahun-tahun lamanya tau.

4. DIY Robot Berus (BristleBot)
Belajar pemasangan robot berus yang boleh menyapu lantai. Ia juga boleh membuat seni mengecat.

Peserta akan bawa balik:
- Sijil Penyertaan
- Kit Robot
- Kit Permainan Litar (DIY Bateri Buah & DIY Lampu Kod Rahsia)
- Fosil
- Cenderahati

Tak nak cerita panjang, ada lagi eksperimen menarik. Sebabnya semua aktiviti akan dibuat sambil bermain secara berkumpulan.

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi penganjur,
https://www.wasap.my/60199071794/SteamExplorace

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my