Wednesday, April 10, 2019

Apa itu Virtual Run

Salam dari Johor Bahru.

Semenjak kebelakangan ini, Kak Ida menyukai satu aktiviti baru yang dipanggil Virtual Run. Sebelum itu, ramai sahabat manis Kak Ida yang bertanyakan apa itu virtual run.

Virtual run (larian maya) ini bermaksud berlari di mana-mana yang kita mahukan sama ada di rumah, di pejabat, di padang atau di mana-mana tempat yang kita selesa termasuk di atas treadmill. Kita memang tidak terikat dengan masa seperti aktiviti larian yang lain.

Berlarilah bila-bila masa yang kita mahu. Paling penting, rekod sahaja larian yang kita buat.


Apa yang menyeronokkan kita join virtual run ini?

  • Kita boleh join event walaupun tidak pergi ke event larian. 
  • Walaupun ini adalah virtual run, kita juga akan dapat e-bib, dan juga e-sijil. Bergantung pada event virtual run yang kita masuk.
  • Tidak perlu terkejar-kejar ke tempat venue.
  • Medal yang sangat cantik. Sesuai untuk dijadikan pemangkin semangat atau collector medal. Serius tidak menyesal. Ada bajet lebih, kita boleh juga mengumpul koleksi T-Shirt sebagai kenang-kenangan. Selalunya, Kak Ida mengumpul medal sahaja. 
  • Ada sesetengah event juga buat hadiah cabutan bertuah.
  • Virtual run ini sesuai untuk begginer. Boleh lari ikut 1km, 3km, 5km, 10km malah ada yang 50km. Bergantung pada pilihan masing-masing.
  • Sesuai juga untuk ibu yang ada anak kecil. Kita tidak risau untuk meninggalkan anak. Kita boleh berlari di dalam rumah. 
Paling penting, kita mahu sihat. 

Ada apps android yang bersesuaian. Paling Kak Ida suka adalah 42Race, spreenapp.com, dan lain-lain lagi. Google sahaja Virtual Run Challenge dah nah, terpapar semua.


 Selamat berlari! 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my