Menyantuni Majlis Marhaban Tadika Dzul Iman.
Pertama kali Kak Ida datang. Menunaikan janji pada anak-anak.
Kak Ida sampai lebih kurang jam 10.30 pagi. Anak-anak telah didedahkan dengan simulasi seperti majlis marhaban yang dibuat dirumah.
Datang dari rumah ke rumah (bilik kelas), bermarhaban, bersalam-salaman memohon kemaafan, adab ke "rumah" orang dan juga adab makan.
Sampai sahaja Kak Ida di tadika, anak-anak umur 6 tahun sedang bemarhaban.
Juadah yang disediakan oleh ibu-ibu.
Setiap kelas, ada disediakan photobooth untuk merakam kenangan bersama anak-anak.
Well said, memang kegemaran Kak Ida bergambar. Hahaha
Ammar seperti anak bujang yang sangat matang dalam gambar ini. Huhuhu
Sudah besar kamu wahai anak.
Bersambung ke "rumah" seterusnya.
Goodies bag.
Inilah Teacher Farah. Guru kesayangan Ammar.
Ditengah-tengah Cikgu Gee. Guru kesayangan Aina.
Ini photobooth dikelas Aina. Cantik kan?
Setiap kelas akan ada menghidangkan juadah makanan walaupun cuma"secawan air". Adab menerima tetamu.
Ini photobooth di kelas Ammar pula.
Sungguh seronok pula Kak Ida dapat merasai pengalaman seperti ini. Kak Ida sungguh kagum dengan usaha cikgu untuk memberi peluang pada anak-anak merasai pengalaman ini.
Aina, Ammar... ibu pulang dulu ya.
No comments:
Post a Comment