Ibu yang mengalami proses mengandung dan menyusukan anak secara semulajadi pun ada kesukarannya dalam menyusukan anak.
Inikan pula ibu yang tidak pernah mengalami proses semulajadi tetapi ingin mengambil anak angkat dan menyusukan anak angkat tersebut.
Bukan tidak boleh.
... kesabaran dan kekuatan dari segi mental pastinya.
Susuibu tidak boleh dikeluarkan tanpa ransangan.
... dan bukan juga susibu akan keluar dengan hanya mencucuk hormon atau memakan ubat.
Ia melibatkan proses dan proses itu pula memerlukan masa.
Panjang dan pendek bukan persoalannya.
Cuma, Kak Ida tidak mahu ibu mengalami tekanan untuk menyusukan anak.
Sahabat, doakan ibu ini dipermudahkan untuk menyusukan anak angkatnya.
Amin amin YRA.
No comments:
Post a Comment