Malam itu, Kak Ida mengambil peluang berjalan-jalan di Putrajaya. Dekat juga dengan Dengkil. Lagipun, pada waktu malam, tiada sebarang aktiviti.
Macam biasa, Kak Ida mengajak Kak Azrina. Menghabiskan masa bersama-sama mengambil angin malam.
Kak Ida berkesempatan berjumpa dengan sahabat manis dari JUPEM HQ. Sahabat lama Kak Azrina.
Kami dibawa berjalan-jalan di Ayer@8, Putrajaya.
Memang meriah disana kalau hujung minggu. Ada aktiviti berbasikal, tiup buih untuk anak-anak. Tetapi, Kak Ida datang waktu bekerja, jadi memang agak lengang disini.
Kak Ida dan Kak Azrina dibawa menikmati juadah di Aroi Thai Boat Noodle. Sebenarnya, perut masih kenyang menikmati laksa penang. Tidak mahu menghampakan ajakan rakan, kami tetap menyantuni makan disini.
Baca-baca di google, Aroi Thai Boat Noodle ini merupakan tempat wajib datang ke Putrajaya.
Restoran ini menawarkan makanan serendah RM 1.90 untuk setiap menu. Dari mee, nasi, side dish, air... semua berharga RM 1.90. Pilih sahaja.
Mujur kami berdua tidak pening memikirkan menu sebab Ila memesan makanan yang merupakan "pilihan ramai".
Bergambar kenangan dulu sebelum juadah sampai ke meja. Hahaha
Pulut mangga. Sedap weh... Terasa lemak santan pulut dan manisnya buah mangga. Fuh!
Chicken Glass Noodle Sup.
Popia. Kuahnya pedas manis. Memang sedap! Light side dish jika kita minum petang disini.
Serius betul Kak Azrina bercerita.
Chicken Wing. Mak aii, memang boleh bertambah-tambah mangkuk!
See, yang kata perut kenyang sangat makan laksa penang petang tadi. Tidak sangka, bermangkuk-mangkuk kami bedal. Licin.
Terima kasih Ila menyantuni kedatangan kami. Ada rezeki, kita berjumpa lagi di hari lain ok. Insya-Allah.
Perut kenyang, apa lagi... terus balik ke Dengkil semula.
Perut kenyang, apa lagi... terus balik ke Dengkil semula.
No comments:
Post a Comment