Hari ini disekolah Aisyah ada Majlis Sambutan Hari Raya dan juga Hari Jadi bagi anak-anak yang lahir pada bulan Januari sehingga Jun.
Sambutan dibuat selepas waktu rehat.
Melihatkan list yang disediakan oleh Teacher Suren (guru kelas Aisyah), Kak Ida membuat keputusan untuk mengambil menu kek dan air minuman untuk dihidangkan pada anak-anak 3 Bestari.
Kebetulan, Aisyah pun memang tidak pernah menyambut harijadinya. Sekadar ibu dan ayah memberikan ucapan istimewa pada hari lahir sahaja.
Jadi, Kak Ida terus mengambil kesempatan ini untuk memberi peluang pada Aisyah menyambut dan memotong kek bersama kawan-kawannya.
Sejujurnya, menu lain bukan "strength" Kak Ida. Hihihi. Dihimpit dengan kekangan waktu kerana minggu ini sangat-sangat-sangat padat.
Akhirnya, Kak Ida memilih brownies air tangan istimewa dari tangan Mama Farah.
Tadaaa...
Farah berkongsi gambar dengan Kak Ida. Hiasan brownies adalah dari mashmallow. Terliur juga air liur dibuatnya.
Alhamdulillah, Kak Ida berpuas hati dengan brownies yang dihasilkan. Thanks mama Farah.
Pagi ini, ketika menghantar Aisyah ke sekolah, berkali-kali Kak Ida mengingatkan agar membawa brownies tersebut dengan baik. Risau juga sebab majlis berlangsung agak lewat kan. Hati mak-mak katakan.
Sambil sibuk dengan urusan dipejabat, Kak Ida menyempatkan diri untuk menjeling group kelas anak.
Sambil sibuk dengan urusan dipejabat, Kak Ida menyempatkan diri untuk menjeling group kelas anak.
Terima kasih teacher Suren. Terima kasih kerana sudi berkongsi gambar dan video anak-anak 3 Bestari untuk disimpan sebagai kenangan.
Majlis potong kek harijadi dari bulan Januari sehingga Jun.
Teacher Suren yang berbaju putih (sebelah kanan). Comel betul anak-anak berpakaian raya.
Sebelum Kak Ida berhenti menulis, jom kita layan dahulu persembahan raya anak-anak 3 Bestari. Psssttt, mereka Johan Persembahan Tahap 1 dimana anak-anak ini telah dibimbing oleh Teacher Suren.
Waahhhhh... Bangga.
Saksikan ya!
No comments:
Post a Comment