Terima kasih kepada Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB yang menganjurkan SGM kali ini.
Dengan kehadiran speaker jemputan, Puan Noor Hadayah, Pegawai Psikologi UTM yang mengupas sedikit sebanyak tentang Depression.
Depression is real ya ibu. Memang menakutkan lebih-lebih pada ibu selepas bersalin.
Lelaki pun ada mengalami depression.
... dan paling mengejutkan, lelaki yang mengalami depression lebih lama dari wanita.
Selain itu, Kak Ida berkesempatan juga untuk belajar tentang relaktasi pernafasan bagi ibu yang "penat" dalam menguruskan urusan seharian.
Kak Ida kongsikan beberapa nota ringkas untuk bacaan bersama.
Nota SGM
- Lelaki mengalami depression lebih lama dari wanita iaitu dalam tempoh 3-6 bulan.
- Nisbah 1:2.5 (setiap seorang wanita, 2.5 lelaki) akan mengalami depression.
- Perancangan ketika mengandung dan bersalin mesti ada. Sebagai contoh, ibu mahu berpantang dimana?
- Tidak digalakkan ibu berpantang bersendirian.
- Wanita mesti tegas dan tahu apa yang dimahukan dalam hidup. Dengan erti kata lain “assertive”.
- Kemurungan dan tekanan ibarat gunung berapi yang akan meletup bila-bila masa sahaja.
- Suami digalakkan memberikan sokongan selepas kelahiran sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu.
- Elakkan dari mengkritik diri.
- Forgive and forget. Banyakkan maafkan diri.
- Terdapat tiga jenis post-partum depression iaitu:-
- Post-partum blues – bila kita sakit, murung atau ibu yang mengalami kelahiran pertama.
- Post-partum depression – sejarah keluarga ada mengalami kemurungan.
- Post-partum psikosis – pesakit akan mengalami kemurungan sama ada dari segi halunisasi dan delusi.
Bersama Pegawai Psikologi UTM, Puan Hadayah Ahmad.
Bersama Pengerusi Kelab Sokongan Penyusuan SuusIbu Johor Bahru, Dr Nad Nazira.
Selesai SGM, kami dijamukan dengan makanan yang sedap-sedap. Ada nasi minyak, brownies, asam pedas, serawa durian dan macam-macam lagi.
Terima kasih tuan rumah.
Goodies bag dan hadiah kuiz yang menawan hati. Kak Ida berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Memang aim sebab cantik sangat hadiahnya. Hahaha
Terima kasih barisan AJK KSPSIJB.
Terima kasih sahabat.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment