Saturday, July 21, 2018

JJCM | Nasi Lemak Warung Bunian

Kedatangan Kak Ida ke Kuala Lumpur kali ini disambut oleh sahabat manis, Intan.

Banyak sebenarnya rancangan yang disusun bersama beliau. Maklumlah, kami jarang berjumpa walaupun Kak Ida ke Kuala Lumpur. Masing-masing sibuk dengan aktiviti. Jadi, kali ini kami membuat keputusan untuk Me time bersama.

Sebelum itu, kami mencari tempat untuk bersarapan dahulu. Sambil membuka aplikasi google Maps, banyak juga tempat yang dicadangkan. Cuma, bila sudah sampai di tempat yang dituju, selera tiba-tiba tidak ke situ pula (ada sebabnya). Hahaha

Tiba-tiba teringat satu posting dari Tuan Azri Walter tentang nasi lemak telur bungkus. Kak Ida cuba google untuk pastikan tempat. Syukur, hanya setengah jam perjalanan dari KLIA2.

Intan bersetuju untuk ke sana.

Nah.... sampai sana penuh dengan lautan manusia. Kak Ida minta Intan mencari parking manakala Kak Ida turun dahulu untuk beratur.

Agak mengerikan bila lihat masa operasi pada hari Ahad berakhir jam 11.00 pagi. Sedangkan Kak Ida sudah sampai disitu jam 9.00 pagi.


Kalau hari lain, warung ini akan ditutup pada pukul 2.00 petang.

Mencari parking satu hal.

Beratur juga satu hal.

Mencari tempat untuk makan pun satu hal....


Tempat sarapan paling "mencabar" kesabaran Kak Ida bila beratur untuk mengambil pesanan dan bayaran memakan masa hampir 1 jam.

... dan perlu menunggu lagi untuk sarapan tiba.

Sesungguhnya, jika perut kita sangat lapar dan tidak punya kesabaran, Kak Ida sarankan untuk tidak ke situ. Kah!


Antara hiasan dinding yang digantung disitu. Keratan akhbar berkenaan Nasi Lemak Warung Bunian. 

Warung ini juga antara pilihan Jalan-jalan Cari Makan oleh TV3.


Alhamdulillah, rezeki orang jauh. Kak Ida dapat juga merasai dan menikmati Nasi Lemak Warung Bunian yang dicadangkan oleh Tuan Azri Walter.

Jom, layan gambar sekitar Nasi Lemak Warung Bunian.


Alhamdulillah, harga untuk Nasi Lemak Telur Bungkus ini cuma berharga RM 3.00 manakala Nasi Lemak Telur Mata RM 2.00. 

Harga yang sangat-sangat berpatutan.

Perut sudah kenyang, kami merancang untuk ke tempat seterusnya.

Jumpa entry akan datang. Ke Upside Down KL Tower.

Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my