Saturday, July 14, 2018

Konvensyen Stokis Ana Edar 2018

Day Trip!


Seawal pagi Kak Ida sudah terpacak di Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur menaiki flight paling awal.

Menyantuni program Konvensyen Stokis Ana Edar 2018. 

Ya, pengalaman pertama Kak Ida kali ini ke HQ Ana Edar dari KLIA2. Selalunya, Kak Ida akan turun di Lapangan Terbang Subang. Menambah pengalaman hidup.

Alhamdulillah, walaupun cuaca hujan, Kak Ida sampai KLIA2 awal 20 minit dari jangkaan.

Terus menuju KL Sentral menaiki KLIA Express. Kemudian dari situ, menaiki LRT ke Gombak dan naik teksi ke HQ Ana Edar.



Kenapa ada gambar signboard? Hahaha... sebenarnya, Kak Ida bantu sahabat manis yang datang dari Sarawak untuk ke HQ. Sama-sama kan?

Pelbagai kerenah dan ragam manusia Kak Ida dapat perhatikan sepanjang pemusafiran Kak Ida kali ini. 

... dan ya, Kak Ida sempat sampai sebelum konvensyen bermula. 

Kak Ida disambut dengan staf-staf HQ Ana Edar yang cukup manis senyumannya. Hilang lelah sekejap.


PPN Qaseh Kazim Network, Puan Noor Hasyimah Idris.


Goodies dari QKN. Oren seperti warna rasmi Qaseh Gold Junior. 


Apa menariknya konvensyen kali ini ialah speaker jemputan iaitu Ibu Hanim.





Ibu Hanim berkongsi tentang Rectacular Activating System (RAS). Dalam otak kita, ada satu kalenjar yang mengawal seluruh hidup kita untuk pastikan kita kekal apa yang kita mahu.

RAS ini bergantung dengan apa yang dihantar ke otak kita dan RAS akan bantu kita untuk merealisasikan apa yang kita fikirkan.

Cara paling terbaik mengawal RAS adalah fikiran yang positif. Apa yang kita nampak, kita pandang dari sudut positif.

Begitu juga jika kita nampak sesuatu perkara itu negatif, kita akan nampak dari sudut negatif.

Kesimpulannya, bukan mudah menjaga RAS. Bayangkan dalam masa dua jam Ibu Hanim berkongsi, sejujurnya, ia bukan perkara yang mudah. Semuanya bergantung pada diri kita.


Ibu Hanim turut berpesan supaya jangan sibuk membawang kerana RAS akan menjadikan apa yang kita ucapkan terpalit pada diri kita semula.

Fokus apa yang kita mahukan dalam hidup. Fokus! Fokus! Fokus!

Mohonlah dengan sesungguhnya pada Allah swt dan spesifik dengan apa yang kita mahukan.


Ya Allah, tempoh dua jam yang singkat dengan Ibu Hanim. Sangat singkat dan singkat. Kak Ida bergambar dengan Ibu Hanim pun sudah terasa auranya. Boleh bayangkan.



Donut viral yang disajikan ketika minum petang. Gebu gebas katanya....


Sesi petang selepas Puan Hasniza dan Sifu Nasiron, konvensyen diteruskan dengan perbincangan dua hala dari pihak HQ dan leader. Mencari titik persamaan untuk memastikan hala tuju yang dapat dicapai.


Bersama Puan Hasniza Hassan dan Stokis dari Kelantan, Puan Junaidah Othman.



Inilah Abang Aril, PPW dari Teluk Intan. Terima kasih abang Aril kerana membelikan teh tarik untuk adikmu ini. Hihi


Ok, Kak Ida bergambar kenangan dulu sebelum balik. 


Oh anak, tunggu ibu balik ya. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my