Malam ini Kak Ida menyantuni jemputan dari sahabat seperjuangan dalam susuibu, Ima di Gelang Patah.
Kami sampai agak lewat kerana perlu menghantar beberapa barang terlebih dahulu. Syukur, kedatangan kami disambut dengan penuh mesra oleh tuan rumah.
Menu tuan rumah boleh tahan sedapnya. Ada oglio olio, roti jala, coklat dan brownies. Ya Tuhan, terbabas diet Kak Ida malam ini. (Kah!)
Tidak sah jika tidak bergambar besama rakan-rakan seperjuangan dalam penyusuan susuibu. Malangnya Kak Ida perlu pulang awal kerana esoknya Kak Ida perlu keluar awal ke Kuala Lumpur.
Terima kasih Ima atas jemputan, jangan serik ya menjemput kami.
No comments:
Post a Comment