Alhamdulillah, memang salah satu cabang minat Kak Ida adalah kaunseling.
Di AKRAB, banyak ilmu baru tentang kaunseling di kongsi. Kursus sepanjang tiga hari bermula 25-27 April 2018 ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
Soalan Praprasa adalah soalan fofular yang akan keluar di dalam ujian AKRAB. Opps, terpecah soalan pula. Hihihi
Bukti nama Kak Ida ada di dalam buku pendaftaran. JUPEM menghantar seramai enam orang sebagai ahli AKRAB pada kali ini. Jadi, memang meriah la... ibarat berjumpa sahabat lama. Hihi
Salah satu tajuk modul yang ada dalam kursus AKRAB. Isu, nilai dan etika. Paling penting adalah KERAHSIAAN clien. Ingat! Kerana ia melibatkan kepercayaan.
Hari terakhir berkursus, perlu lulus ujian AKRAB Tahap 1 sebelum melayakkan diri ke Tahap 2. Tahun ini, format soalan telah berubah. Peserta perlu menjawab 50 soalan berbanding 40 soalan pada kursus AKRAB yang lalu. Memang pheewww...
Bergambar kenangan bersama Encik Aaron, SUB NRE.
Tidah sah kalau tidak berselfie sekeping dua sebagai tanda kenang-kenangan.
Ini dia wakil JUPEM dari satu Malaysia. Kepala sempoi sokmo. Hahaha Seorang dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak, Pertahanan dan paling jauh Sarawak.
Inilah Kak Fairuz dari Jabatan Pengairan Saliran (JPS). Kami memang kamceng bermula dari hari pertama berkursus. Macam kawan lama. Terima kasih kak atas tunjuk ajar Ida sepanjang Ida disana.
Punah harapan hendak bergambar dengan KJ secara live di KBS. Terpaksa "pinjam" gambar yang ada di galeri KBS.
Bolehlah, asalkan tidak termimpi-mimpi. Hahaha...
No comments:
Post a Comment