Sunday, April 15, 2018

Go-JB Chocolate

Dalam sejarah, Kak Ida berempat hari ini.

Homeschool kali ini, si dia tidak dapat menemani kerana terikat dengan taklimat pilihanraya.

Aisyah pula bersekolah.

Kak Ida cuma mampu berdoa semoga semuanya berjalan lancar. Hahaha

Alhamdulillah, Kak Ida sampai jam 8.30 pagi. Sempat juga selfie sekeping dua di dalam kereta dan di depan kedai. Check-in katanya.


Ayah, kami ready!





Sesi welcoming. Alhamdulilah, jumlah peserta cilik 35 orang hari ini.




Welcoming drink. Kami dihidangkan dengan air coklat. Sedapnya. Hahaha... tidak cukup pula secawan. 


Sesi shark a do do!


Sesi diteruskan dengan sesi penerangan bagaimana koko dihasilkan. Coklat dihasilkan dari biji koko.

Kebaikan coklat adalah mengurangkan stress, kaya antioksidan dan lain-lain. 

Selesai sesi penerangan, anak-anak dipakaikan apron yang telah ditulis dengan nama masing-masing. Teruja betul Kak Ida dibuatnya.

Ok, anak-anak sudah bersedia untuk program yang seterusnya iaitu bagaimana coklat dibuat.







Coklat dicairkan dengan suhu 60 darjah celcius. Suhu ini adalah bagi mengekalkan kilatan pada coklat.

Setelah dicairkan, coklat dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian, bekas yang berisi coklat perlu dihentak secara perlahan untuk memastikan tiada suhu yang terperangkap. 

Setelah itu, coklat disejukkan sebelum sedia dimakan.




Sesi merasa coklat. Sedap weh... Hahaha

Aktiviti diteruskan dengan membuat empat jenis coklat.

Lima kanak-kanak untuk satu kumpulan. Satu kumpulan ada satu chef dan dibantu oleh ibubapa.



























No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my