Wednesday, April 11, 2018

Festival Astronomi dan Falak Negeri Johor 2018

Perkongsian dari group homeschool dan program ini cukup menarik perhatian Kak Ida.

Maklumlah, kerja Kak Ida dan si dia juga berkait rapat.

Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah serta Jabatan Mufti dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA) dan Kelab Astronomi dan Falak Negeri Johor 2018.


Festival ini julung kali dianjurkan bertujuan untuk menarik minat masyarakat dan para pelajar dalam memahami bidang astronomi melalui aktiviti-aktiviti yang menarik. 

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik yang bakal diadakan adalah:-
  1. Slot bicara ilmu yang akan membincangkan perkara-perkara masa kini yang berkaitan astronomi bersama pakar-pakar dalam bidang ini.
  2. Slot bengkel dan demostrasi asas astronomi yang akan membincangkan empat bengkel utama iaitu arah kiblat, jam matahari, asas penggunaan teleskop dan peralatan astronomi.
  3. Slot pertandingan yang akan melibatkan pertandingan jam matahari, kapal terbang kertas, eksplorace, perubahan iklim dan mewarna.
  4. Pameran astronomi dari beberapa buah agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung dengan astronomi.
  5. Gerai jualan dan food truck juga akan memeriahkan lagi Festival Astronomi dan Falak Negeri Johor 2018.
  6. Ceramah dan cerapan langit malam (stargazing) untuk melihat planet dan gugusan bintang.
Maklumat dan pertanyaan lanjut juga boleh meruju pada poster yang disertakan.




No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my