Wednesday, April 18, 2018

Word Search

Selepas makan tengahari, Kak Ida menyinggah ke kedai buku di Menara TJB.

Rindu bau buku sebenarnya. Huhuhu... 

Satu bentuk terapi bila dapat membelek-belek buku atau meninjau buku yang ada disitu walaupun tidak membeli. Selalunya Kak Ida akan singgah ke bahagian Majalah untuk mendapatkan Majalah PAMA keluaran terkini.


Kemudian, mata Kak Ida terpandangkan buku Word Search atau Pemainan Carian Perkataan. Buku ini memuatkan permainan teka-teki yang terdiri daripada huruf-huruf yang disusun dalam grid dan mengandungi beberapa perkataan yang tersembunyi dan ditulis dalam arah yang tertentu.


Sebenarnya, permainan ini sangat popular dan diminati oleh anak-anak.

Masalahnya, Kak Ida pun suka dengan permainan "word search" ini. Leka betul mencari perkataan-perkataan tersembunyi. 

Kak Ida kongsikan manfaat permainan ini pada anak-anak. Antara manfaatnya ialah ia dapat merangsang otak anak-anak, melatih kesabaran dan ketabahan selain daripada meningkatkan pengetahuan tentang perkataan-perkataan yang digunakan terutama Bahasa Inggeris.


Salah satu pengisian yang baik untuk anak-anak pada masa lapang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my