Assalammualaikum,
Dari malam tadi sebenarnya si dia teringin untuk menikmati Nasi Arab. Cuma tidak pasti hendak makan dimana.
Selepas aktiviti restok Al Haddad di Bandar Baru Uda, si dia mengajak untuk makan tengahari sebelum balik ke pejabat.
Jadi, Kak Ida mengajak si dia untuk makan nasi arab di Restoran Wadi Hana Elarabi yang terletak di Taman Desa Rahmat. Alang-alang berada di Bandar Baru Uda kan.
Restoran ini berhampiran dengan Plaza Angsana, Johor Bahru.
Restoran ini penuh dengan hiasan dari negara Arab. Ada unta, lagu-lagu Arab dan juga cawannya turut dari negara Arab.
Kak Ida memilih makan secara duduk dibawah, bukan di meja seperti kebiasaan. Antara signature menu di sini adalah Nasi Arab Maqlubah berlaukkan lamb. Bukan ayam.
Alang-alang makan berdua dengan si dia, Kak Ida mengambil keputusan untuk makan berdulang. Romantik gituwwww....
Serius rasanya sangat sedap weh... lambnya empuk, tidak liat. Rasa nasi arabnya yang secukup rasa dan paling Kak Ida suka adalah supnya. Hahaha
Harganya pun berpatutan. Makan berdulang itu boleh untuk tiga orang makan sebenarnya.
Ok, jika ingin merasai Nasi Arab di Restoran Wadi Hana Elarabi boleh ke alamat dibawah:-
No 1, Jalan Pembangunan
Taman Desa Rahmat
81200 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
No comments:
Post a Comment