Thursday, April 12, 2018

Pengalaman Costa Coffee di Shell

Ada terbaca pengalaman sahabat Kak Ida membeli Costa Coffee di facebook, wah... macam sedap. Hahaha

Tetapi, Kak Ida jenis "spesis" yang mahu merasai sendiri kesedapan Costa Coffee tersebut. 

Kebetulan, si dia ada singgah di Shell Taman Ungku Tun Aminah. Mata terus terpandangkan logo Costa Coffee dan yes, Kak Ida tidak mahu lepaskan peluang itu.

Harga pun tidaklah semahal Starbuck atau Coffee Bean. Dalam RM 10.00 sahaja. Boleh sangat la kan jika kita mahu mencuba pengalaman baru membeli kopi di mesin layan diri. Hehehe

Kak Ida minta si dia temankan Kak Ida untuk menunjuk cara menggunakan mesin tersebut. 

Pilih saiz cawan, dan di screen itu pilihlah kopi yang mana kita mahu.

Semua jenis pilihan kopi ada seperti cappucino, espresso dan lain-lain.

Boleh juga add hazelnut atau mahu lebih gula atau lebih susu. Pilih dan tekan sahaja apa yang kita mahu. 


Bila siap, ambil resit dimesin tersebut dan bayar di kaunter. Senang kan?

Ada juga side dish seperti muffin dan sandwich. Jadi, boleh melepak disitu dengan kawan-kawan atau sekadar me-time


Light sahaja rasa. Bagi yang ingin mencuba apa salahnya kan. Pergi sahaja stesen minyak Shell terpilih memang ada Costa Coffee disediakan.

Ok, itu sahaja yang Kak Ida nak kongsikan pengalaman Costa Coffee. Jumpa lagi di next entry. Tata!


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my