Tuesday, April 17, 2018

Happy Birthday Susi!

12 April 2018

Sambil berbalas-balas whatsapp dengan Intan, tiba-tiba soalan keluar dari Intan,

"Dah plan birthday untuk Susi?"

"Ha? Birthday Susi? Bila birthday Susi yang?" Allahu, bab-bab tarikh memang tidak mampu nak masuk dalam kepala Kak Ida. Mujurlah ada jemah yang sentiasa ingat-mengingatkan... memang haru.

"16 April..." Ringkas jawapan Intan. Mata melihat kalendar? What? Lagi 4 hari? Perghh... terus menggaru-garu kepala. Hahaha.

Action plan: Group whatsapp khas terus ditubuhkan.

Pelbagai rancangan telah diatur oleh jemah. Dari plan A, ke plan B, ke plan C. Tetapi, semua seperti tidak diharapkan.

... dan akhirnya satu keputusan dibuat dengan sebulat suara, kita mesti libatkan Suriya. MESTI!

15 April 2018

Misi mencari hadiah. Alhamdulillah, bab-bab ini memang Kak Ida serahkan pada yang pakar. Belon pink, patung taknak yang itu, bunga warna ini, kad tulis cenggini... cenggitu... Cerewet weh! maklumlah, jemah! MESTI nak yang terbaik. Kan?



Intan payung dilantik sebagai bendahari. Well, tiada calon yang layak dari dia. Hehehe on the dot ok.

Kemuncaknya, bila semua sebulat suara menerima cadangan Kak supaya "buat-buat lupa" untuk wish birthday Susi. Kah!

Biar pecah belon, jangan pecah misi. Eh?


16 April 2018.

Pagi-pagi dah wish. Heheh


Haru betul. Untuk tidak nampak sangat group #MJ nampak kosong, Iffah memulakan perbualan pagi tadi.

Boleh nampak tak gabranya? "Telir pun telir la..."

Suriya dari semasa ke semasa share aktiviti si kakak. Isi minyak dalam kereta pun report...

Hahaha

Iffah buat kejutan pertama dengan McD breakfast delivery. Kelasss... Hihi

Sambil berbual santai di whatsapp, tiba-tiba ada notification facebook. Aduhai... Rupa-rupanya Susi mentioned nama Kak Ida. Berpeluh juga membaca jawapan status dari Intan.

Taip padam... taip padam... memang tiada jawapan sebenarnya.

Akhirnya, Kak Ida buat keputusan untuk tidak menjawab. Terpaksa cekalkan hati...


Mujur juga Facebook tiada "last seen".  Kalau tidak memang kantoi. Maklumlah, jarang sangat facebook Kak Ida tidak diupdate.

Dalam tempoh itu, Kak Ida tidak mengupdate sebarang status, agak-agak tangan tidak mengigil?

Hihihihi

Tengahari, Susi sudah mula share lagu "Fatima" di insta story untuk membayangkan rasa hati yang kecewa. Susi nampak betul-betul merajuk bila kami langsung tak wish birthday dia.



Akhirnya, selepas dua jam...

Penantian kami berakhir. HAPPY BIRTHDAY DARLS. Syukur bila plan yang dirancang dalam tempoh yang singkat menjadi. 



Cantik sangat kan? Pilihan jemah memang cukup mengagumkan Kak Ida.


Jangan merajuk lagi ok... Hihihi

Weolss love you. Insya Allah, semoga persahabatan ini kekal sehingga ke Jannah. Amin amin YRA.

Enjoy your day dear. Hugs!

Psst Yaya, thanks ya! You did a good job.

2 comments:

  1. Love #mj to the moon and back..!! ❤❤❤

    ReplyDelete
  2. Sweet entry yang 😘😘😘. Tq for this lovely story ❤❤❤. In shaa Allah, moga persahabatan antara kita semua akan selamanya bersama. ❤mj #sahabathinggasyurga 🤗🤗

    ReplyDelete

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my