Tuesday, April 24, 2018

JJSM | Sofina Seafood Restaurant

Salam Selasa.

Wah wah, malam pertama Kak Ida di Putrajaya di sambut oleh BFF Kak Ida, Intan.

Kami bercadang untuk melepak di sekitar Putrajaya untuk hang out bersama.

Sebenarnya, kami tidak plan pun hendak makan di mana. Biarlah stereng kereta yang menentukan. Ewahhh... 

Akhirnya, kami decided untuk makan di Sofina Seafood yang terletak berhampiran dengan Presint 14 dan Presint 15.

Sofina Seafood Restaurant popular juga di Putrajaya.

Sebenarnya, restoran ini agak tersorok. Parking dia luas. Memang tiada masalah.

Punyalah ramai umat yang datang, kus semangat. Tetapi, walaupun ramai, alhamdulillah. servisnya memang cepat. Tidak perlu menunggu lama.



Kak Ida memilih menu tomyam sotong (merah dan putih), sotong goreng tepung, telur dadar, kailan ikan masin dan semestinya nasi. Hehehe

Rasanya memang tidak mengecewakan. Harga bagi dua orang makan seperti menu di atas adalah sebanyak RM 33.00.

Ok sangat kan?

Ingin menikmati masakan ala Thailand, boleh waze ke alamat disini.
Sofina Seafood Restaurant
Presint 14
62050 Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...