Saturday, April 7, 2018

Nature Scavenger Hunt 2018

Alhamdulillah, Kak Ida berkesempatan lagi untuk join program homeschool iaitu Nature Scavenger Hunt 2018. Kali ini program ini dibuat di Hutan Bandar Johor Bahru.

Program ini telah dianjurkan oleh Fara Jeff.


Seramai 14 keluarga detektif dan 27 detektif cilik dengan 2 level nature assingment.

Memang menyeronokkan.

Kak Ida compilekan ya corat-coret Kak Ida sepanjang program Nature Scavenger Hunt 2018.

Corat-coret #naturescavengerhunt2018.

1. Pertama kali Kak Ida dan si dia jejakkan kaki ke hutan bandar sampai ke belakang. Mujur ada Atie untuk pastikan tempat. Hahaha

2. Kami decide untuk bersaing dalam keluarga kecil kami sahaja. Ya, kami keluarga kedua terakhir sampai. Sejujurnya kami sangat enjoy. Berjalan-jalan sambil menjawab soalan dalam buku Naturescavengerhunt2018.

3. Kami berjalan sehingga ke rumah Johor. Sempat berangan kalau dapat sebiji rumah seperti itu. Hahaha.

4. Kami sengaja memilih untuk lalu di jambatan besi. Aina teragak-agak untuk melaluinya. Mungkin Aina rasa tidak selamat kerana jambatan itu berlubang-lubang. Kuat juga tangan Aina memegang Kak Ida. Alhamdulillah, Aina berjaya mengharunginya.

5. Take a nap di playground. Sempat Kak Ida dan si dia menikmati secawan kopi. Letih wooo mengejar anak.

6. Tiga kali Ammar jatuh kerana terlalu excited berlari. Huhuhu Lagaknya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

7. Alhamdulillah, cuaca cukup baik hari ini.

8. Riuh mulut Aina dan Ammar bercerita. Adilah sepanjang masa mahu berdukung kecuali ditempat-tempat kegemarannya. Huhuhu

9. Aina teringin nak naik bot. Kak Ida pekakkan telinga sebab ngeri mengenangkan Ammar melompat ke luar pula nanti.

10. Alhamdulillah, anak-anak berani mencuba apa sahaja yang ada disitu.

11. Terima kasih penganjur Fara Jeff yang berkongsi pengalaman ini. Terima kasih juga kerana sabar melayan Aina. Jangan serik mengajak lagi.

Insya Allah, minggu depan kita #homeschool ke kilang coklat pula ya anak-anak.



Cuaca cerah hari ini. Thank you Allah, Alhamdulillah













Sesi bagi ikan makanan










Aisyah belajar buat DIY scrub dan sabun.






No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my