Sepanjang Kak Ida berkursus AKRAB Tahap 1 di Putrajaya, Kak Ida membuat keputusan untuk menginap di Hotel DPulze Cyberjaya.
Ngam-ngam Kak Ida sampai disini jam 1.30 petang.
Hotel ini terletak hanya bersebelahan dengan DPulze Shopping Centre. Mudah untuk Kak Ida akses jika mahu mencari makanan. Maklumlah, Kak Ida ke sini tidak membawa kenderaan. Hihihi
Selain itu, ia juga dekat dengan Putrajaya Central yang terletak 8.1 km dari sana.
[[ Baca pengalaman Kak Ida menaiki ERL ke Putrajaya Cental.]]
Harga semalaman di hotel ini ialah sangat-sangat berpatutan. Cuma, dibilik tidak disediakan kittle (kalau teringin nak minum air panas), ataupun iron board. Jika mahu menggosok baju, kita perlu meletakkan deposit RM 30.00 di receptionist untuk menyewa iron.
Inilah bilik Kak Ida sepanjang tiga hari Kak Ida di Cyberjaya. Hanya untuk rehat dan tidur sahaja. Huhuhu
Selesa kan? Ada juga box safety disediakan untuk menyimpan barang berharga.
Corak bilik yang ringkas.
Bilik Kak Ida berhampiran dengan view pool. Sangat-sangat menenangkan terutama diwaktu pagi.
Ok, untuk short vacay, boleh waze ke alamat ini.
Blok D, Cyberjaya CBD
Persiaran Multimedia
Cyber 12
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Ok, Kak Ida nak berehat dulu sebelum berjalan-jalan di DPulze Shopping Centre. See you next entry. Tata
No comments:
Post a Comment