... dengan tema kali ini Autism - Incredibly Inspiring and Awesome.
Sambutan ini dibuat adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang Autism.
Banyak input dan maklumat yang dapat dikongsi terutama bagi ibubapa yang mempunyai anak istimewa ini.
Sambutan ini telah dirasmikan oleh Puan Sahrmila a/p Hardip Singh merangkap Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Permai, Johor Bahru.
Kemudian, program diteruskan dengan forum Keluarga, Pendidikan dan Pekerjaan. Moderator forum kali ini adalah Dr. Shahabudin bin Abdullah.
- Parenting A Child with Autism - Encik Zamri bin Tembol. Beliau merupakan Pengerusi Persatuan Autism Muslim Malaysia.
- Education System and Challenge for Autistic Child - Dr Muhammad Khairul Anuar bin Hussin. Beliau merupakan PK Pendidikan Khas SMK Taman Universiti 2
- Job placement for Autistic Child - Encik Harun bin Sakudin. Beliau merupakan Pegawai Jurupulih Carakerja, Hospital Permai.
Kak Ida bergambar di photobooth yang disediakan diluar audiotorium.
Menarik perhatian Kak Ida dalam forum tersebut adala bila anak-anak sudah tamat persekolahan, dimana golongan ini perlu ditempatkan di alam pekerjaan.
"Ibubapa harus AMBIL TAHU arah tujuan anak ketika di alam persekolahan lagi. Berbincang dengan guru yang terlibat dan berikan mereka peluang sewajarnya. Sebagai contoh, ada anak sangat meminati bidang masakan. Kecilkan skop apa yang anak minat dalam bidang masakan samada membuat pastri, catering, kek, atau lain-lain lagi. Jika anak minati membuat karipap, fokuskan anak tersebut berjaya menjana pendapatan dengan membuat karipap. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain (majikan), agensi, kerajaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan. Ibubapa sendiri yang perlu mewujudkannya."
Begitu juga pendidikan.
Di luar audiotorium juga, ada booth yang menjual produk dari Persatuan Autisme dan juga PDK Kempas.
Kak Ida mengambil peluang untuk membeli fridge magnet dan juga batu seremban yang dihasilkan oleh PDK Kempas. Selain itu juga, mereka ada menjual sambal, kuah rojak, kuih-muih dan lain-lain lagi bagi menampung program PDK di sana.
Jadi, di kesempatan ini, Kak Ida menyeru mereka yang membaca blog Kak Ida supaya sama-sama membantu membeli dan seterusnya dapat menjana pendapatan untuk mereka.
Beri mereka peluang untuk KITA sama-sama.
Tree of hope yang dihasilkan.
No comments:
Post a Comment