Sunday, April 15, 2018

Selamat tinggal Sekolah Agama UTM

Hari ini hari terakhir Aisyah bersekolah agama di UTM.

Akhirnya.

Terpaksa ditutup kerana bangunan sekolah sudah tidak selamat untuk diduduki lagi.

Pendawaian, bangunan yang tidak diselenggara, anai-anai dan pelbagai lagi berkaitan isu bangunan.

Ada sebahagian murid belajar di kabin juga tidak dapat menampung bila cuaca panas. Ustazah dan murid berpanas didalam kabin tersebut.

Boleh bayangkan...

Mujur sangat dalam tempoh hampir mencecah sembilan tahun isu ini, tiada perkara buruk yang berlaku.

Allah jaga keselamatan anak-anak ini.

Hari ini Kak Ida jejakkan kaki ke sekolah agama buat kali terakhir.

Hari ini tiada LDP, tetapi Guru Besar mengizinkan anak-anak untuk membuat majlis perpisahan.

Mengambil gambar Aisyah bersama ustazah Mardiah.





Bermula esok, anak-anak ditukarkan ke sekolah baru.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my