Assalammualaikum
Hari ini di Kementerian Belia dan Sukan ada menganjurkan program Health @ Work Health Promotion Programme yang dianjurkan oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dari pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Kak Ida mengambil peluang untuk melihat apa yang menarik disini.
Ada lima booth dibuka untuk membantu Kak Ida memahami lebih lanjut tentang pemakanan dan stress. Seperti biasa, program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta.
Seterusnya, Kak Ida ke booth pertama untuk mengambil berat badan, ketinggian, pengiraan BMI dan juga Fat %.
Walaupun keputusan BMI Kak Ida normal, tetapi peratusan lemak dalam badan dalam kategori obesiti. Huhuhu
Mak insaf! Ini dinamakan berat lemak, bukan berat tulang. Huhuhu
Seterusnya Kak Ida ke booth kedua iaitu Hectic Harvest: Managing stress is important.
Di booth ini, pelajar menerangkan tentang apa yang kita boleh buat dalam mengurangkan stress. Selain itu, di booth ini juga menyediakan ujian tahap stress kita dalam bulan lepas. Keputusan yang Kak Ida terima adalah Moderate. Tidak terlalu baik, dan juga tidak terlalu teruk dalam Kak Ida menangani stress.
Stress jika tidak dikawal boleh menyebabkan kita depression yang mengundang pelbagai jenis penyakit.
Booth seterusnya adalah Food Detective: Remember to apply Malaysia Healthy Plate.
Di booth ini, pelajar menerangkan betapa pentingnya pemakanan suku-suku separuh yang dicadangkan oleh Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Walaupun kita makan diluar, pemilihan pemakanan suku-suku separuh juga perlu dititikberatkan.
Pelajar juga ada menerangkan pada Kak Ida cara memilih makanan di restoran fast food. Phewww... Terus cahaya keinsafan wujud dalam diri. Ngeh ngeh ngeh...
Seterusnya, Kak Ida ke booth Kitchen Magician: Healthy Cooking Method and Its Benefit.
Ada lima jenis cara memasak yang betul untuk kita menjaga kalori iaitu secara Stir-frying, mengukus, merebus, grilling dan poaching.
Apa pilihan memasak kita? Gituwww... (jangan tanya Kak Ida) Hahaha...
Booth kedua terakhir adalah Snack Shack: Healthy Snacking.
Disini ada menunjukkan pelbagai jenis snek sihat yang kita boleh ambil dan dalam masa yang sama, kita menjaga pengiraan kalori makanan yang diambil.
Yang menarik disini, peserta perlu menghabiskan lima booth yang ada. Setiap booth pula ada menyediakan ole-ole menandakan kita telah menamatkan sesi disetiap booth.
Booth terakhir adalah bergambar di photobooth yang disediakan.
Banyak ilmu yang Kak Ida dapat walaupun dalam tempoh yang singkat. Perkongsian yang dibuat oleh pelajar juga boleh difahami dengan mudah.
Kak Ida ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar UPM ini kerana telah berjaya menganjurkan program yang cukup bermanfaat.
No comments:
Post a Comment