Saturday, April 14, 2018

Anak saya normal

"Anak saya lahir normal kak, tiada masalah pun..."

Ya dik, seperti yang Kak Ida pernah bagitahu, autisme, adhd, disleksia atau masalah yang melibatkan perkembangan anak-anak bukanlah sejenis penyakit.

Ini tidak tertakluk pada anak yang mengalami kecacatan Cerebral Palsy (ketika lahir, bukan kerana demam panas pada usia-usia tertentu) atau Syndrome Down. Ini memang boleh nampak kelainan pada anak seawal kelahiran.

Berapa cepat ibubapa boleh "cam" kelainan pada anak juga bergantung pada ibubapa.

... dan seawal-awal kita boleh lihat kelainan adalah pada usia dua tahun. Itupun jika ibubapa cakna atau ambil tahu.

Ada ibu, selesai dua tahun usia buku 0-6 tahun, pelbagai alasan keluar dari mulut ibu.

"Malaslah kak, nurse tanya berat anak aje".

"Penat menunggu"

"Malas nak dengar nurse membebel..."

"Sibuk kerja..."

DAN pelbagai lagi alasan lain.

Kemudian, anak sudah mula bersekolah tadika.

... Itupun jika ada guru yang perasan atau ambil tahu. Bila dimaklumkan oleh guru, ibubapa akan denide.


"Anak saya tiada apa-apa masalah!"

Paling lambat adalah ketika usia anak bersekolah rendah. Umur 7 8 9 tahun bila cikgu sudah melabel anak kita "suka mengelamun", "tidak duduk diam", "tidak dengar cakap", dan lain-lain.

Jadi, Kak Ida mohon pada ibubapa yang "rasa" anaknya lain dari yang lain, janganlah abaikan perasaan itu.

Berbincanglah dengan doktor ataupun buat assessment awal.

Sekarang banyak centre yang boleh pergi. Kita duduk dizaman serba canggih. Google dan pergilah.

Ya, ia juga melibatkan kos yang bukan sedikit pastinya.

Jangan sekadar tunggu, mendengar kata-kata orang atau pun memujuk diri dengan hanya "keturunan kita memang lambat bercakap".

Fight untuk cari PUNCAnya.

Anak kita weh, bukan anak orang lain!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my