Alhamdulillah,
Sumbangan pampers kanak-kanak dan dewasa yang disumbangkan oleh para penyumbang telah diagihkan pada golongan asnaf dan ibu tunggal.
Buat masa ini, keutamaan pada 4 keluarga yang sangat-sangat memerlukan.
+ Satu keluarga ada dua orang anak OKU terlantar.
+ Satu keluarga OKU kerdil menjaga ibubapa yang terlantar (strok).
+ Ibu tunggal yang baru ditinggalkan suami yang mempunyai 8 orang anak.
+ Suami yang hilang pencarian.
Nota:
Kak Ida menerima semua saiz dan jenama sama ada pampers dewasa atau kanak-kanak.
Insya Allah, sumbangan pampers ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Untuk makluman para penyumbang juga, Kak Ida menyerahkan sumbangan dalam bentuk pampers dan bukan wang tunai.
Jadi, setiap wang tunai yang terkumpul, akan Kak Ida tukarkan dalam bentuk pampers terlebih dahulu sebelum ianya diserahkan.
Untuk sama-sama menyumbang sama ada dalam bentuk wang tunai atau pampers, boleh DM Kak Ida. Semoga Allah s.w.t membalas sebaik-baik ganjaran kepada para penyumbang.
No comments:
Post a Comment