"Ibu..."
"Mmm... kenapa?"
"Ibu dah lama tak buat jemput-jemput nestum. Ibu buatkan boleh?"
"Mana ada nestum kat rumah ni. Dah lama ibu tak beli."
Memang sudah lama Kak Ida tak buat menu yang satu ini. Semenjak PKP 1.0 rasanya. Sampai ingat-ingat lupa pula cara nak buat.
Tidak sampai hati dengan permintaan si anak, si dia terus ke kedai untuk membeli nestum.
Nah, petang ini ibu terpaksa buat dua kali bancuhan.
Bahan-bahannya:
- Secawan Nestum perasa "original"
- Tiga cawan tepung gandum
- Tiga sudu besar susu pekat (ikut kemanisan)
- Secukup garam sebagai penambah perasa.
Cara membuat jemput-jemput nestum:
Campurkan semua bahan ini. Letakkan air sedikit demi sedikit. Agak-agak sahaja bancuhan boleh disudu seperti membuat jemput-jemput. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
Sedia dihidangkan.
Alhamdulillah, rasa jemput-jemput ni lemak manis sahaja. Insya Allah, mengenyangkan.
No comments:
Post a Comment