Tidak tahu hendak bermula dari mana. Hari ini agak hectic menyelesaikan beberapa urusan yang tertangguh walaupun sudah sedaya upaya tidak mahu bertangguh.
Syukur, lihat pada list to do, satu persatu dapat dipotong.
Paling utama, tugas menyemak galei selesai akhirnya. Buku anekdot terbaru dari Kak Ida iaitu Lelaki Anugerah Terindah. Setiap bait kata, ejaan dan setiap tanda nokhtah perlu disemak bagi meminimakan kesilapan penulis.
Apa itu galei?
Ok, Galei (cetak) pruf cetakan pada kertas panjang untuk diteliti dan dibuat pembetulan sebelum dipotong-potong mengikut ukuran muka surat yang dikehendaki.
(Kamus Dewan Edisi Keempat).
Cabaran menyemak galei adalah, emosi yang bercampur baur bila membaca kisah penulis yang lain. Ada suka duka, sedih, gembira, terharu.
Senaskah buku ini berharga RM 30.00 (tidak termasuk pos).
Tekan link ini untuk pertanyaan lanjut, www.wasap.my/60196558504/LegasiAbah
Alhamdulillah, selesai juga semak galei kan... Tak sabar tunggu buku siap cetak...
ReplyDeleteInsya-Allah. :)
ReplyDelete