Nampak post Suziela Ismail tentang Kuiz Matematik Sempena Minggu Panitia Matematik 2021. Pasti Kak Ida tidak mahu lepaskan peluang untuk anak-anak join.
Tengok soalan, Insya Allah. Aina boleh.
"Aina, cuba jawab soalan ni." sambil ibu suakan soalan pada Aina.
Alhamdulillah, Aina mampu untuk kenal kumpulan yang kecil dan besar, operasi tolak dan tambah, kenal nombor yang ditulis dengan perkataan.
Cuma, Aina agak keliru dengan soalan yang ditulis seperti 98-53 = ?
Selalunya, di buku PPKI ditulis seperti ini,
98
- 53
--------
=====
"Ayah, kejap Aina nak naik atas ya. Aina nak ambik tik tik..." (sambil tunjukkan gerakan jari seperti menekan butang kalkulator).
Terjerit si ayah. Ibu sampai mengurut dada. Amboi, amboi, senang betul "jalan" ko Aina.
"Aina... sini! Ayah tunjukkan caranya. Jari 8 buang 3"
"Susahlah Ayah, ada tik tik terus ada jawapan."
Sambil tunjukkan jalan kerja, si dia menahan gelak mengenangkan gelagat si anak. Aduhai. Bertuah betul!
Alhamdulillah, 100/100. Tahniah Aina.
No comments:
Post a Comment