Wednesday, June 2, 2021

Doughnut ice cream chocolate sprinkles special

Assalamualaikum semua,
Salam PKP 3.0 - Hari kedua.

Menjelang petang, mulalah perut menunjukkan tanda-tanda kelaparan. Lagi-lagi bila 24 jam duduk dirumah, mulalah buka apps Grab untuk "cuci mata".

Terleka juga scroll menu di Grab sehingga tidak perasankan si dia membawakan pinggan berisi donut. Allahu, terus tutup Grab. Sejenis perangai kan? Hahaha.

Turun ke bawah, lagi meriah.


Anak-anak dapat berkreativiti dengan donut masing-masing. Si dia siapkan chocolate syrup, sprinklers dan ais krim untuk menghias donut. Seronok bila dapat menghabiskan masa.

Aina berikan nama doughnut ice cream chocolate sprinkles special. Tidak dijual dimana-mana kedai ok. 

Sekali-sekala layankan selera anak-anak. Tidak boleh selalu kerana boleh tahan juga kandungan gula dalam menu ini. Huhuhu




2 comments:

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my