Wednesday, June 2, 2021

Papa, terima kasih

 "Jangan lupa telefon pa." Kak Ida baca sekilas lalu pesanan ringkas yang tertera di WhatsApp. 

Ini kalau bertangguh, pasti terlupa. 

Capai telefon, Kak Ida mencari nama "Papa" di direktori telefon. Terus ku tekan butang dail.

"Ya?" kata papa menjawab panggilan telefon Kak Ida.

"Pa, alhamdulillah. Angah dapat naik pangkat. Yeay... yeay..." jerit Kak Ida. Harap-harap tak pecah la gegendang telinga papa mendengar jeritan kegembiraan dari anak yang sangat terejal ni.

"Iya? Alhamdulillah. Dapat kat mana?" 

"Tak pindah pa, syukur sangat-sangat. Doa papa dan mama diperkenankan." 

Terus rasa sebak menyelubungi hati. Allahu.

"Pa, papa taknak temankan angah lapor diri ke 2 Jun ini?" 

Tergelak papa apabila mendengar usikan Kak Ida.

Terus teringat kenangan kali pertama papa menghantar Kak Ida melapor diri 19 tahun yang lepas di Jabatan yang sama. Sanggup mengambil cuti untuk bersama-sama menemani anaknya. Maklumlah, jawatan yang Kak Ida ambil ini kebanyakan dimonopoli oleh orang lelaki.

Lagi bertambah fobia, bila seseorang menegur,

"Ooo, inilah Ida Kamilia. Satu-satunya perempuan yang lapor diri hari ini."

Berubah muka papa bila mendengar kata-kata. Biar betul?

Kenangan manis 19 tahun yang lepas.


-Present-

"Tak payahlah. Angah kan dah ada Syamsul. Itu dah jadi tanggungjawab Syamsul pula sekarang."

Sayu hati Kak Ida bila mendengar bait-bait kata papa. Iya, #cembeng betul. Walaupun umur sudah 40 tahun, Kak Ida masih "anak kecil" di mata papa.

"Tapi ingat, Insya Allah, papa akan datang ke majlis konvo angah nanti. Cuma pastikan angah dapat markah cemerlang la... Kalau tak malu papa. Anak siapa la tu?" 

Lepas gelak Kak Ida bila mendengar papa berbicara. Geram betul kita dibuatnya. Tapi, itulah papa. 

Kuat mengusik, dalam masa yang sama pembakar semangat.

"Tahniah Ti, abah bangga." 

Letak sahaja telefon, berjuraian air mata Kak Ida mengalir. Bersyukur sangat Kak Ida masih mempunyai keramat hidup. Ya, doa mereka sentiasa ada mengiringi perjalanan.

1 comment:

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my