Allahu,
Hari ini kalut dengan final test yang perlu dihantar sebelum atau pada jam 11.59 malam ini. Tekun menukang askara untuk menjawab soalan tentang strata dari tengahari.
Sudahnya, Kak Ida terlepas pandang pertemuan #LA8 yang telah dirancang dari minggu lepas lagi. Memang tidak sedar langsung, masa berlalu dengan pantas.
Itupun, selepas Kak Ida terperasan melihat deretan message di WhatsApp.
"Ada apa ya?" terpinga-pinga kalau ada sesuatu yang Kak Ida terlupa.
"Ya Allah!" menjerit kecil Kak Ida sambil menepuk dahi. Macam mana boleh terlupa ni.
Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Kelam-kabut mencari tudung kecemasan.
Cari pula link Google Meet di telegram dan terus tekan butang "join."
Alhamdulillah, pertemuan masih lagi berlangsung. Malu haih bila terlewat masuk. Terus mengambil kerusi untuk duduk "dibahagian belakang."
Berkeroncong pula bunyi perut ni.
Allah, belum makan malam rupanya. Patutlah perut terasa lapar.
"Abang, Ida nak makan sekejap ya."
Si dia mengangguk. Capai handphone terus turun ke dapur.
Sambil mendengar Kak Ilham Muslimah berkongsi cerita, Kak Ida panaskan minyak dan mengocak telur. Bau telur dadar membangkitkan lagi rasa selera.
"Tinggal Ida yang belum lagi kan? Ida?"
Eh, aku ke yang ustazah Norhafhizah Suliman panggil.
Alamak. Kelam-kabut mengangkat telur dari kuali. Capai telefon terus berlari ke ruang tamu.
Berdebar dada bila jari mahu menekan butang kamera.
Gugup terus!
"Ida minta maaf ya kerana lewat masuk. Nama saya Ida Kamilia. Panggil Kak Ida. Bekerja di JUPEM Johor."
Aduhai, mujur Yusnorsyazana Mohd Yunos ada. Menutup kegugupan kekandanya.
Alhamdulillah, sesi pertemuan kali pertama Lelaki Anugerah Terindah berlangsung dengan jayanya. Seronok berkenalan dengan mereka yang hebat di dalam bidang penulisan. Bukan calang-calang.
Hilang sekejap stress menjawab soalan tadi.
Selepas tekan butang "leave meeting", terus menuju ke meja makan untuk menikmati telur dadar yang digoreng tadi.
Selesai mengalas perut, Kak Ida menyambung semula menukang askara dan akhirnya selesai menghantar tugasan jam 11.47 malam.
Fuh, hari yang "panjang."
Hehehe... kita tunggu pertemuan yang seterusnya pula :)
ReplyDelete