Wednesday, June 2, 2021

Alhamdulillah, terima kasih PKD Besut.

Menjelang isyak, satu parcel dari syarikat JNT sampai. Allahu, salah satu frontliner atau hero yang tidak didendang. Gigih menghantar barang sampai ke malam. 

Di parcel tertulis nama pengirim yang tidak Kak Ida kenali. Macam biasa, Kak Ida akan minta si dia terus bukakan parcel. Dari situ, kita boleh agak barang apa yang Kak Ida beli. Hahaha.

Allahu, rupa-rupanya hadiah dari "Sayangi Besutku Sihat" sudah sampai. 

Hadiah sempena Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2021 Peringkat Daerah Besut. Comel betul key-chain dan bekas meletak pisau.


Terima kasih PKD Besut. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my