Tiba-tiba berhashtag pula.
Hashtag ini diberikan oleh BFF Sumie dalam group MJ's yang cemburukan percutian kami.
#BFFPenang.
Ok, rancangan malam ini adalah kami mahu menyantuni sahabat lama kami. Hampir 21 tahun ok kami tidak berjumpa.
Ana datang ke hotel kami jam 7.30 malam. Beliau datang sambil ditemani dengan anaknya Khalish.
Cuaca masih hujan lebat di Penang. Memang agak risau kerana seminggu sebelum kami datang ke Penang, Penang dilanda banjir besar. Banyak juga kawasan ditenggelami air.
Ana membawa kami Padang Kota Lama untuk menikmati kerang bakar, sotong bakar dan sotong kangkung. Harganya pun "boleh tahan" juga. Huhuhu
RM 40 untuk set tersebut.
Kak Ida juga membeli semangkuk laksa untuk dinikmati. Namun rasanya... (agak mengecewakan)! Tidak seperti yang Kak Ida bayangkan. Huhuhu
Ok, move on.
Bayangkan dalam masa beberapa jam, semua cerita hendak diceritakan.
... dari zaman persekolahan, anak-anak, perkembangan terkini.
Satu bab ke satu bab ke satu bab.
Allahu, mengimbas satu-satu kenangan antara kami berempat.
Sebenarnya, dalam masa yang sama kami menunggu Nasi Kandar Beratur yang dibuka jam 10.00 malam. Hahaha.
Ok, ada satu part yang kelakar.
Kak Ida nampak ada "bangunan" yang besar. Nampak cantik sekali dengan limpahan cahaya menerangi bangunan itu.
"Ana, apa itu?"
"Oooo, itu jeti Ida..." (Dalam hati, memang Kak Ida kagum dengan rupa bentuk jeti di Penang).
Rupa-rupanya, Ana tersalah pandang. "bangunan" yang Kak Ida tunjuk rupa-rupanya Star Libra Cruise. Masya-Allah, dalam sejarah depan mata Kak Ida lihat kapal sebesar itu. Memang sangat wow!
Selepas lepak di Padang Kota, kami membuat keputusan untuk beredar. Ana ingin membawa kami menikmati Nasi Kandar Beratur.
Bersebelahan dengan kedai Nasi Kandar ini, terletak Masjid Kapitan Keling. Masjid ini sudah berusia 216 tahun.
"Ana, kenapa nama nasi kandar ini Nasi Kandar Beratur?"
"Sementara menunggu kedai nasi ini dibuka jam 10.00 malam, memang akan beratur. Ini mujur cuaca hujan malam ini, kalau tidak lagi panjang kita beratur..."
"Oooo..."
Kami balik ke hotel hampir jam 12.00 tengah malam. Perut sudah kenyang membuatkan mata kami tidak berupaya lagi untuk menyambung cerita.
Selepas membersihkan diri, masing-masing menarik selimut.
Ok semua, esok kita akan menempuh SATU HARI yang panjang. Nite!
No comments:
Post a Comment