Sunday, November 19, 2017

Part II | Malay Cultural Village - Batik Painting

Seterusnya, kami ke aktiviti "Batik Painting".

Disini, kami diberi penerangan oleh Tuan Norizam.

Ada dua jenis batik, iaitu batik yang dilukis tangan dan juga batik printing.

Batik yang dilukis tangan, coraknya adalah tidak sama dengan corak batik yang lain. Sebab itu, batik yang dilukis tangan mahal harganya berbanding corak batik yang dicetak.

Tuan Norizam juga turut berkongsi bahan yang digunakan untuk melukis batik adalah sebanyak 70% lilin dan 30% rozin.


Sebelah kiri rozin manakala sebelah kanan adalah lilin.

Manakala canting pula digunakan untuk mencanting corak di atas kain tersebut.






Apa yang perlu dilakukan jika tersilap melukis corak.

Lukisan perlu diteruskan juga dengan meneruskan corak yang lain. Kerana lukisan tersebut tidak boleh dipadam semula. 

Tuan Norizam menunjukkan cara mewarna batik. Hanya lima warna asas digunakan seperti kuning, merah, biru, ungu dan hijau. Untuk bermain dengan kontra warna, hanya gunakan air sahaja. 

Hujung berus cat juga telah diletakkan dengan warna kerana berus tidak digalakkan untuk dicampurkan antara satu sama lain.

Seterusnya, kami dibawa ke tempat untuk aktiviti mewarna batik.





Memang seronok kerana ia memberi pengalaman baru buat anak-anak. 

... termasuk Kak Ida sendiri. 




No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my