Kami check-in di Coffee Tree yang terletak di Jalan Bagal Jermal, George Town.
Disini, kami berpeluang merasa pelbagai jenis kopi, teh dan coklat. Antaranya, kopi tiramitsu, kopi kayu manis, kopi teh, kopi durian dan pelbagai jenis kopi.
"Coffee prince" yang melayan kami merasai pelbagai jenis kopi.
Ada sudut cara membuat kopi dan peralatan yang digunakan dalam pemprosesan kopi.
Seterusnya, kami ke Tea Leaf Penang yang terletak bersebelahan dengan Coffee Tree. Kami merasa sekali lagi pelbagai jenis teh yang ada. Nampak tak di belakang Kak Ida tester teh yang ada?
Disini adalah sudut Tongkat Ali. Boleh tahan juga harganya.
Seterusnya, kami ke bangunan sebelah lagi. Kami merasa sup ayam (halal ya).
Memang agak terkejut dengan rasanya kerana Kak Ida ingatkan sup ini pahit. Tetapi, rasa sup ini seperti sup ayam juga.
Ini adalah di bahagian minyak yang diperbuat dari buah pala.
Selfie dulu sebelum check-out dan meneruskan perjalanan.
No comments:
Post a Comment